Thursday, March 27, 2008

CINTA 3 SEGI-kisah menyayat hati...

sdg aku mengusha blog2 org lain.aku ternampak citer ni.lalu aku bce dan sedikit terpana..so aku re-post untuk korg bce gak..sedih beb...

"Assalamualaikum,Pada hari ini,aku nak bawakan sebuah kisah cinta tiga segi yang sangat tragik. Aku pun baru dengar cerita nih dari seorang teman. Katanya,ni adalah kisah yang benar. Dan kisah ini juga sering didengar dan diceritakan suatu masa dahulu.. Kisahnya bermula dengan percintaan Tipah(Bukan Nama Sebenar) dan Ali(Pun Bukan Nama Sebenar). Pada suatu hari, Tipah telah berkenalan dengan seorang lelaki yg bernama Hazwan(Bukan Nama Sebenar). Tipah jatuh hati pada Hazwan. Hazwan seorang lelaki yang sangat baik dan turut mencintai Tipah dengan sepenuh hatinya. Tipah pun putus dengan Ali kerana Hazwan. Namun,pada saat Tipah sedang bahagia bersama Hazwan,Ali telah meminta rujuk kembali dengan Tipah. Tipah pun ceritakan apa yang berlaku kepada Hazwan. Oleh kerana Hazwan terlalu menyintai dan tak sanggup kehilangan Tipah,dia telah berjumpa dengan Ali dan bergaduh.. Secara tak sengajanya,Ali telah terbunuh dalam pergaduhan itu. Kemudian Hazwan di tangkap dan dimasukkan dalam penjara.. Tipah rasa sedih sangat atas apa yang berlaku kepada Hazwan kerana dia turut menyintai Hazwan...Kemudian pada suatu hari,tiba-tiba Tipah telah didatangi oleh seorang kawan Hazwan. Kawan ini membawa sebuah tape. Dan menyerah kan ia kepada Tipah. Dia menceritakan pada Tipah apa yang berlaku pada Hazwan. Rupanya,Hazwan telah dihukum gantung. Dan pada saat Hazwan membuat permintaan terakhir,Hazwan telah membuat permintaan untuk menyanyikan sebuah lagu yang dia karang untuk gadis kesayangan dia. Tajuk lagu tersebut adalah CINTA TIGA SEGI dan sehingga kini,lagu ini sering dimain semula oleh pemain2 gitar..Dan untuk pengetahuan semua, arwah Hazwan ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan ***** ######. Apa yang berlaku pada Tipah? Tipah telah menjadi tertekan dan akhirnya gila. Kerana kedua2 orang yang dia sayang mati meninggalkan dia..Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatehah untuk arwah.Semoga kisah ini dijadikan pengajaran dan pedoman buat kita yang masih hidup. Dengarkan lah lagu CINTA TIGA SEGI ini..

arwah hazwan-cinta 3 segi

3 comments:

cinta@2 said...

betul ke apa yang saya baca tadi...saya pun pernah dengar cerita itu tapi saya taklah tahu sangat tentang itu..

clara m4 said...

cerita ini sungguh menyayat hati.sedih pula saya mendengarnya.macam nak menangis.saya memang pernah dengar cerita ini.tapi,dari kawan-kawan je.itu pun saya tak berapa faham.

Unknown said...

emmm, bnyak la dgar cte sal 2......